Artikel

Malaysia Dijangka Tanggung Hampir RM40 Bilion – Subsidi Petrol Tahun Ini

Sekiranya harga pasaran bahan api kekal pada situasi konflik semasa, kerajaan Malaysia dijangka perlu menanggung jumlah subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion pada tahun ini. 

Buat pengetahuan umum, berdasarkan rekod sebelumnya hampir RM800 juta subsidi bagi RON95 dan diesel telah ditanggung kerajaan pada Januari dan Februari 2026. Namun setelah itu, kos tanggungan meningkat kepada sekitar RM5 bilion sebulan pada Mac dan April 2026.

Jumlah tanggungan ini juga dijangka akan terus meningkat pada subsidi lain kesan tekanan konflik global yang masih berlarutan. Antaranya ketika ini bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi telah dinaikkan secara interim kepada RM400 berbanding RM200 sebulan untuk meringankan bebanan lebih 210,000 petani dan pekebun kecil di pasaran semasa. Diikuti perluasan sistem Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada sektor logistik.