Artikel

Carian Syarikat SSM Kini Lebih Mudah, Boleh Diakses Terus Melalui TNG eWallet

Seiring dengan kemudahan akses semasa, TNG eWallet kini membolehkan orang awam untuk membuat carian syarikat dan perniagaan yang berdaftar serta membeli dan memuat turun dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), melibatkan perolehan profil syarikat, maklumat perniagaan dan penyata kewangan, menerusi pengenalan ciri SSM e-Info.

Akses di bawah kerjasama strategik Raffcomm Group Sdn Bhd dan TNG Digital ini untuk makluman menjadikan akses kepada maklumat korporat lebih cekap, mudah diakses dan lebih selamat untuk perniagaan, golongan profesional serta orang awam. SSM kekal sebagai sumber autoritatif bagi daftar korporat Malaysia, sekali gus memastikan setiap maklumat yang disediakan memenuhi standard ketepatan, kebolehpercayaan dan integriti yang tertinggi.

Kerjasama ini juga hadir pada detik istimewa apabila SSM e-Info menyambut ulang tahun ke-20 pada Julai tahun ini, menandakan dua dekad penyediaan akses kepada maklumat korporat rasmi yang dipercayai untuk rakyat Malaysia.