Hari ini secara rasminya Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu dilancarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama 94 ciri keselamatan.
Menerusi pengenalan tersebut pada Lobi Parlimen hari ini, permohonan itu boleh mula dilaksanakan bermula 1 Julai 2026 ini buat warganegara berusia 18 tahun ke atas – dengan tawaran tempoh sah laku selama 5 tahun atau 10 tahun mengikut keperluan para pemohon. Seperti yang umum ketahui, pihak berkuasa telah menguatkuasakan penawaran tempoh sah laku pasport selama 10 tahun pada 3 Jun lalu di bawah Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan ) 2026.
Dengan pengenalan tempoh sah laku lebih lama tersebut, ia dijangka mengurngkan kekerapan pembaharuan pasport, memberi penjimatan masa pengguna serta memudahkan urusan perjalanan dalam dan luar negara. Berdasarkan makluman semasa, tempoh ini akan melibatkan pengenaan caj sebanyak RM350 sementara tempoh sah 5 tahun pula kekal di kadar RM200.
Berdasarkan penyelarasan, pelaksanaan PMA struktur baharu akan dilaksanakan secara berperingkat di 71 pejabat pasport seluruh Malaysia melalui Julai ini.