Artikel

Skala Bayaran Jurutera Disemak Semula, Akan Dinaikkan – Setelah 28 Tahun

Pihak berkuasa kini dalam proses proaktif untuk meminda skala bayaran jurutera di Malaysia. Langkah ini diambil memandangkan struktur kadar yuran sedia ada sudah terlalu lama tidak dikemas kini, iaitu sejak kali terakhir diwartakan pada 7 Disember 1998 kira-kira 28 tahun lalu.

Semakan semula di bawah penelitian Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Jurutera Malaysia ini jelas makluman kepada Parlimen adalah sangat penting bagi menyesuaikan pendapatan jurutera dengan realiti ekonomi semasa, menampung kos operasi firma yang semakin meningkat, serta menyetarakan imbuhan mereka dengan profesion industri binaan yang lain.

Secara prinsipnya, pindaan ini akan menukarkan struktur kadar maksimum yang lama menjadi penanda aras kadar minimum yang baharu. Berdasarkan anggaran, perubahan struktur ini bakal menyelaras kenaikan yuran perunding sekitar 9.23% bagi projek pembangunan fizikal yang melibatkan unjuran kos misalnya kerja bernilai RM200 juta. Buat masa ini, draf akhir pindaan peraturan tersebut telah pun diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan undang-undang sebelum diwartakan secara rasmi di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Sebaik sahaja diwartakan kelak, skala bayaran baharu ini wajib dipatuhi oleh semua jurutera profesional dan firma perunding kejuruteraan (ECP), sama ada yang terlibat dalam sektor awam mahupun swasta.

Pematuhan mandatori ini bertujuan untuk menjaga integriti bidang kejuruteraan bagi menghentikan amalan buang harga, dan memastikan kualiti serta keselamatan infrastruktur rakyat tidak terjejas.