Artikel

Perumahan Kadar Sewa Murah Buat Penjawat Awam – Akan Dibangunkan

Menyedari tekanan kos semasa memberi bebanan kepada sebilangan besar penjawat awam di Malaysia, khususnya komitmen pada kos sewa rumah – kerajaan kini memaklumkan akan membangunkan perumahan dengan kadar sewa lebih rendah untuk penjawat awam negara. 

Langkah ini jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim didasari setelah melaksanakan beberapa lawatan di beberapa negeri dan didapati kebanyakan lokasi menunjukkan kadar sewa yang tinggi.

Biarpun kerajaan telah bertindak menaikkan gaji antara 15% sehingga 30% namun diakui tahap kos sara hidup di sebilangan wilayah lebih tinggi dan sukar ditampung – ini tidak hanya di Kuala Lumpur bahkan di Johor Bahru, Seremban, dan Ipoh.