Data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini mendedahkan seramai 42,807 pekerja di seluruh Malaysia telah kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh 6 bulan ini, dari Januari sehingga 12 Jun lalu.
Kedudukan ini menurut perkongsian pada Parlimen, dipengaruhi akan tekanan konflik semasa – yang mana sekitar 40.85% daripada jumlah pekerja terkesan, adalah kumpulan yang diberhentikan disebabkan penutupan perniagaan dan pengecilan operasi syarikat. Seramai 17,485 pekerja direkodkan terjejas.
Berdasarkan taburan lokaliti pula, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kehilangan pekerjaan tertinggi melibatkan 12,844 pekerja terkesan. Ini bersamaan dengan kadar 30%. Disusuli Selangor (12,360 orang) dan Johor (3,468 orang).
Selain data itu, tinjauan TalentCorp dapati sekitar 697,000 pekerjaan berisiko terkesan oleh kepesatan teknologi dan ekonomi hijau dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang. Bagi mendepani cabaran ini, peningkatan kemahiran yang berterusan amat penting demi memastikan peranan setiap pekerja kekal relevan dan kompetitif.