Artikel

FAMA Perkenal Harga Lantai Durian Kampung RM2.70 Sekilogram – Atasi Risiko Kerugian

Peningkatan hasil yang hampir sama di semua negeri, dilihat telah menyebabkan berlakunya penurunan harga durian di ladang secara mendadak. Kedudukan ini dilihat akan terus berlaku untuk tempoh Jun sehingga Ogos kelak.

Menyedari kejatuhan harga ini mendorong kerugian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini memaklumkan melaksanakan pendekatan harga lantai RM2.70 sekilogram buat durian kampung menerusi kontrak pemasaran bagi melindungi kumpulan pekebun terlibat.

Penetapan harga lantai ini bagaimanapun hanya tertakluk kepada durian kampung sahaja, tidak melibatkan durian Musang King mahupun Black Thorn. Namun cadangan berkenaan kekal terbuka untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke atas kategori durian yang lain.