Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini memaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan pasport di 71 cawangan pejabat pengeluar pasport seluruh Malaysia – akan ditutup sementara secara berfasa bagi memberi laluan kepada langkah penyelenggaraan sistem.
Jelas notis yang dikeluarkan, penutupan Fasa 1 akan dilaksanakan mulai 26 Jun 2026 sehingga 30 Jun 2026. Untuk fasa pertama, ini senarai cawangan yang terlibat:
- Ibu pejabat Putrajaya
- Jalan Duta, Kuala Lumpur
- Melaka
- Kelana Jaya
- KLIA
- UTC Puduraya
- UTC Selangor
- UTC Johor Bahru
- UTC Pasir Gudang
- UTC Seremban
- UTC IPOH
- UTC Kedah
- UTC Sungai Petani
- UTC Seberang Prai
Dengan pelaksanaan tersebut urusan permohonan pasport di kaunter, MyOnline Pasport, dan percetakan pasport di cawangan terlibat turut tidak dapat dilaksanakan. Maka untuk itu, orang awam dinasihat merancang urusan pasport lebih awal dengan merujuk saluran rasmi JIM bagi mengetahui makluman lanjut.
