Artikel

Malaysia Bangunkan Mekanisme Larang Import Barangan Dihasilkan Buruh Paksa

Senada dengan matlamat mengukuhkan pematuhan perdagangan antarbangsa, Malaysia kini dimaklumkan sedang membangunkan mekanisme untuk melarang import barangan yang dihasilkan oleh buruh paksa pada pasaran semasa.

Perkongsian yang dimaklumkan pada sidang Parlimen ini menjelaskan – Malaysia telah menubuhkan Pasukan Petugas Antara Agensi Mengenai Buruh Paksa (IATFL) yang dipengerusikan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Kumpulan khas ini turut dianggotai Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Pembentukan ini rentetan sebelum ini Malaysia tidak miliki sebarang undang-undang dan pendekatan khusus berhubung melarang import barangan yang dihasilkan oleh buruh paksa. Maka dengan komitmen ini, perihal tersebut dapat direalisasikan tidak lama lagi.

Keperluan pasukan ini juga dilihat selari dengan ketersediaan Malaysia berhubung perjanjian Perdagangan Timbal Balas antara Amerika Syarikat (AS). Yang mana AS di bawah Seksyen 301 telah memberi gambaran awal untuk mengenakan tarif sebanyak 10% ke atas negara selepas 24 Julai kelak berhubung isu buruh paksa.