Artikel

Astro Untung RM1.56 Juta – Merosot 88%, Kesan Pendapatan Langganan Susut

Suku pertama memperlihatkan Astro Malaysia Holdings merekodkan untung bersih RM1.56 juta, iaitu merosot 88%. Prestasi ini antaranya didorong akan kesan penyusutan pendapatan langganan serta bebanan kos operasi.

Kedudukan ini mengikut notis Bursa Malaysia turut memperlihatkan hasil kumpulan terjejas dengan rekod penurunan 6.2% kepada RM659.62 juta berbanding RM703.27 juta rekod tahun lalu. Dengan penurunan perolehan tersebut, Astro pada suku pertama ini dilihat turut alami kenaikan kos operasi melibatkan perbelanjaan tenaga kerja termasuklah komitmen pembayaran pampasan pemberhentian pekerja.

Dengan persekitaran operasi yang kekal mencabar, kumpulan akui kini mengambil tindakan lebih berdisplin pada perbelanjaan operasi serta langkah pelaburan di pasaran semasa. Selain itu, untuk mengimbangi tekanan kos, Astro turut melaksanakan pelbagai langkah sokongan seperti penawaran diskaun, pengurangan kos kandungan dan mempercepatkan pendigitalan perkhidmatan bagi membantu operasi meraih penjimatan yang lebih optimum.