Tidak lama, pengguna pengangkutan awam di Malaysia akan meraih khidmat sokongan tambahan susulan Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor bersama kawasan sekitarnya dijangka dapat beroperasi pada akhir Jun ini.
Jelas Menteri Pengangkutan (MOT) Anthony Loke, pengumuman tarikh permulaan operasi tersebut akan diumumkan dalam masa 2 minggu lagi. Setakat ini, khidmat tersebut masih dalam fasa akhir percubaan sebelum bersedia dibuka kepada orang awam.

Selain pelaksanaan itu, pada perkembangan lain MOT turut akan menubuhkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) bagi mengukuhkan operasi pengangkutan awam tempatan – namun pelaksanaan ini hanya akan direalisasikan setelah pembentangan pada sidang Parlimen Oktober dilaksanakan. Di samping itu, MOT turut meneliti usul keperluan papan kamera (dashcam) pada perkhidmatan seru-pandu, cadangan ini akan disemak bersama penyedia berkaitan dan mengambilkira hak privasi penumpang.