Artikel

AirBorneo Raih Slot Di Thailand – Bakal Sedia Penerbangan Terus Kuching-Bangkok

Tampaknya AirBorneo akan merealisasikan matlamat laluan antarabangsa kumpulan, apabila menjadi antara 4 syarikat penerbangan baharu yang menerima peruntukan slot penerbangan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi bagi jadual penerbangan Musim Sejuk 2026/2027. 

Kemasukan slot penerbangan ini memberi gambaran jelas – matlamat untuk menyediakan khidmat penerbangan terus dari Kuching ke Thailand dapat direalisasikan kelak.

Makluman ini mengikut laporan akhbar Thailand, The Nation telah dicapai menerusi persidangan Slot Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) pada minggu lalu, yang melibatkan operasi penerbangan pada 25 Oktober 2026 sehingga 25 Mac 2027. Berdasarkan perincian lanjut, difahamkan sebanyak 14 penerbangan seminggu akan dikendalikan AirBorneo untuk laluan Kuching-Suvarnabhumi-Kuching.

Selain AirBorneo, tiga lagi syarikat penerbangan lain yang turut tersenarai adalah Riyadh Air, Virgin Atlantic dan SkyUp Nistru.