Artikel

OCBC Malaysia Perluas Akses Buat PKS Singapura – Boleh Buka Akaun Perniagaan Guna Singpass

OCBC Malaysia kini perluaskan kemudahan pada perkhidmatan kumpulan, apabila terbaharu menyepadukan sistem pengesahan Singpass iaitu Singapore Personal Access pada perkhidmatan perbankan kumpulan. Yang mana inisiatif ini membolehkan rakyat Singapura dan penduduk tetap (PR) membuka akaun perniagaan di bawah OCBC Malaysia.

Menariknya akses ini turut  menjadi penggunaan pertama Singpass di luar perkhidmatan berasaskan Singapura – yang mana pemohon akaun perniagaan boleh melengkapkan pengesahan identiti menggunakan Singpass dengan tempoh yang lebih cepat tanpa perlu ke cawangan fizikal.

Selain itu tindakan integrasi ini adalah bertepatan dengan perkembangan bilangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Singapura di bawah OCBC Malaysia yang meningkat 10% dari tahun 2023 sehingga 2025. Bersama kemudahan Singpass, pengenalan ciri dijangka akan menarik lebih banyak kemasukan pelaburan kalangn PKS Singapura dalam mengembangkan operasi mereka ke Malaysia.