Amerika Syarikat (AS) dan Iran kini dilaporkan bersetuju untuk menamatkan perang dan konflik perdagangan yang telah dimulakan sejak akhir Februari lalu. Persetujuan damai ini dijadualkan akan dilaksanakan secara rasmi pada 19 Jun ini di Switzerland mengikut notis Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif.
Biarpun tidak memperincikan lanjut akan keputusan damai ini, berdasarkan laporan Reuters, kesepakatan ini membantu membuka semula Selat Hormuz, menamatkan kepungan AS ke atas pelabuhan Iran dan melanjutkan tempoh gencatan senjata.
Tidak hanya itu, turut difahamkan aset-aset Iran bernilai $25 bilion yang dibekukan oleh AS turut akan dilepaskan sementara Iran bersetuju untuk tidak mengekalkan status quo nuklear termasuk pengayaan uranium atau pengembangan kemudahan nuklear sehingga perjanjian dimuktamadkan.