Artikel

CIMB Maklum Pembelian Guna Kad Debit Akan Tergendala Seketika – Pada 12 Jun Dan 20 Jun Ini

Bertepatan dengan amalan penyelenggaraan sistem perkhidmatan perbankan secara berkala, CIMB Bank kini memaklumkan pada notis bahawa – pembelian menggunakan kad debit CIMB akan tergendala seketika pada 12 Jun 2026 dan 20 Jun 2026. 

Ini bermakna para pengguna tidak boleh melaksanakan sebarang pembelian di premis fizikal dan atas talian menggunakan kad debit CIMB pada tempoh berikut:

  • 12 Jun 2026 (Jumaat) – pada jam 2.00 pagi sehingga 3.00 pagi
  • 20 Jun 2026 (Sabtu) – pada 0.00 pagi sehingga 5.00 pagi

Dengan makluman tersebut diharap semua pengguna CIMB Bank peka akan gangguan seketika ini dan merancang urusan transaksi anda dengan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya kesulitan pada tempoh yang terlibat.