Semua ketahui, bermula Jun 2026 ini semua pusat membeli-belah di Malaysia adalah wajib untuk menyediakan fasiliti kitar semula, selari dengan usaha negara untuk meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal di pasaran semasa.
Dengan komitmen itu, dijangka lebih 1,000 pusat beli-belah di seluruh Malaysia akan dilengkapi kemudahan ini menjelang akhir tahun 2026.
Untuk makluman umum, menurut notis Malaysia kini menghasilkan lebih 39,000 tan sisa pepejal setiap hari. Maka inisiatif ini dilihat tidak sekadar membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan tetapi turut menyokong pembangunan ekonomi kitaran dan membudayakan amalan kitar semula kalangan rakyat Malaysia.
Inisiatif ini dijelaskan akan dilaksana secara berperingkat menerusi 4 fasa utama. Untuk fasa pertama, pelaksanaan secara sukarela dan tindakan advokasi akan dilaksanakan, disusuli fasa kedua yang bermula Januari 2027 sehingga Jun 2027 pula memberi tumpuan kepada penilaian infrastruktur dan tahap penerimaan pengguna. Selanjutnya fasa ketiga yang bermula Julai 2027 sehingga Disember 2027 akan mengfokuskan kepada penguatkuasaan mandatori secara bersasar sebelum diperluaskan menyeluruh pada fasa keempat iaitu Januari 2028.