Malaysia kini terus mengukuhkan kerjasama strategik negara, apabila mencapai perjanjian pembekalan gas asli cecair (LNG) jangka panjang bersama Jepun. Kesepakatan ini diperkukuhkan menerusi PETRONAS dan JERA, yang mana pembekalan jual beli LNG 2 juta tan setahun kepada Jepun akan dilaksanakan bermula 2028 ini selama 20 tahun.
Kebersamaan yang dicapai pada sidang Nikkei Forum ini tidak hanya tertumpu kepada skop pembekalan bahan api semata tetapi turut diperluaskan kepada komitmen transaksi menggunakan mata wang tempatan iaitu ringgit dan yen.
Dengan penggunaan mata wang tempatan itu, ia sekali gus mengurangkan kebergantungan kedua negara pada mata wang pihak ketiga dan secara terus membantu meningkatkan lagi keupayaan ekonomi kedua negara pada lensa perdagangan antarabangsa.