Artikel

Majikan Bertanggungjawab Pastikan Urusan Cukai Pekerja Teratur – LHDN

Bagi memastikan urusan percukaian kekal teratur, Lembaga Hasil Dalam Negeri (HaSIL) kini memberi peringatan kepada kumpulan majikan untuk melunaskan tanggungjawab mereka, memastikan urusan percukaian pekerja dilaksanakan dengan baik. 

Tanggungjawab ini jelas LHDN pada laporan, melibatkan tindakan mengemaskini maklumat pekerja secara berkala – seperti status perkahwinan, bilangan tanggungan serta pendapatan yang dilihat menjadi antara faktor mempengaruhi jumlah Potongan Cukai Bulanan (PCB) pekerja.

Malah majikan juga perlu memaklumkan kepada pekerja berhubung Tuntutan Potongan dan Rebat Individu bagi tujuah PCB supaya memastikan kumpulan pekerja terlibat meraih manfaat penuh daripada pelepasan cukai yang layak.

Selain tanggungjawab percukaian, para majikan disarankan untuk terus peka memaklumkan kepada LHDN sekiranya berlaku sebarang perubahan status pekerja – ini termasuklah tindakan pemberhentian kerja atau kematian dengan mengemukakan Borang CP22A (swasta) dan CP22B (awam).

Dengan pelaksanaan tanggungjawab tersebut, ia tidak sekadar membantu penyusunan rekod percukaian majikan dan pekerja – tetapi turut menambahbaik aliran hasil percukaian Malaysia di masa hadapan.