Trip.com Group, baru-baru ini mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Visa, peneraju global dalam pembayaran digital yang menandakan jalinan kerjasama strategik bagi memperkasakan pengalaman perjalanan pengguna di Asia Pasifik.
Kesepakatan itu menurut makluman, akan bertindak memanfaatkan ekosistem kedua pihak dalam membolehkan para pelancong meneroka, merancang perjalanan mengikut minat dan keutamaan masing-masing. Trip.com turut akan mengintegrasikan Visa Destinations ke dalam ekosistemnya bagi memperkukuh tawaran nilai perjalanan serta menyediakan manfaat dan tawaran yang diperibadikan kepada pengguna daripada pelbagai segmen.
Secara menyeluruh kebersamaan ini, seiring dengan perubahan landskap perjalanan di Asia Pasifik, yang didorong oleh keinginan yang berterusan untuk melakukan perjalanan serta kecenderungan masyarakat yang semakin mengutamakan penggunaan digital.