Setelah hampir 30 tahun bertindak selaku penyewa, anak syarikat milik penuh AMMB Holidngs Bhd iaitu Ambank kini telah mencapai perjanjian bersyarat untuk mengambil alih Menara AmBank di Jalan Yap Kwan Seng.
Peralihan ini melibatkan seluruh aset dan pada harga RM331 juta.
Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, dengan perubahan status itu Ambank akan memperolehi hartanah bersama semua penyewaan, lesen, aset operasi serta segalahak operasi.
Buat pengetahuan umum, menara tersebut sebelum ini dibawah pengendalian AmFirst REIT iaitu merupakan segmen berasingan kumpulan iaitu amanah pelaburan hartanah yang tersenarai pada bursa. Bersama peralihan itu, kesepakatan ini dijangka dapat dimuktamadkan menjelang suku keempat 2026 kelak tertakluk kepada semua kelulusan yang diperlukan.