Tan Sri Vincent Tan, peneraju disebalik Berjaya Corp dilihat terus melaksanakan langkah beliau mengurangkan kepentingan pada syarikat – dengan ketika ini menjual RM115 juta saham Berjaya Corp.
Pelupusan sebanyak 461.65 saham ini menurut makluman kepada Bursa Malaysia telah direalisasikan menerusi 7 transaksi kepada Alliancegroup, MBSB Investment dan CGS International.
Dengan tindakan tersebut ia bermakna pegangan Vincent Tan berkurangan kepada 4.1% dan kepentingan tidak langsung kepada 11%. Menjadikan jumlah keseluruhan pegangannya sekitar 15% berbanding sebelum ini 23%. Dan berdasarkan perubahan itu, Vincent Tan tidak lagi menjadi pemegang saham utama dalam 6 syarikat tersenarai merangkumi REDtone Digital, Sports Toto dan Salcon Bhd.
Namun beliau kekal menjadi pemegang saham utama pada beberapa syarikat tersenarai melibatkan 7-Eleven Malaysia, Berjaya Food serta Berjaya Assets.