Setelah 27 tahun bertapak di Menara Dayabumi sejak tahun 1999, MISC Bhd dilihat tekad meneruskan komitmenya apabila bertindak perbaharui pajakan ruang pejabat di bangunan ikonik tersebut untuk tempoh 15 tahun lagi.
Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, perjanjian sewaan jangka panjang bernilai RM433 juta itu dicapai bersama PETRONAS, selaku pemilik penuh menara berkenaan menerusi anak syarikat hartanahnya KLCC Property Holdings.
Dengan lanjutan sewaan itu, PETRONAS komitted untuk melaksanakan langkah naiktaraf bagi meningkatkan prestasi dan kecekapan kualiti ruang pejabat bersama kumpulan syarikat penyewa yang terlibat. Usaha ini sekali gus turut akan menambahbaik tahap keselamatan bangunan secara berkala.
Secara menyeluruh tempoh perjanjian selama 15 tahun ini memperincikan kontrak berterusan akan berlaku selama 3 tahun pertama, setelah itu setiap 3 tahun pembaharuan kontrak akan berlaku secara automatik – ini membuka ruang kepada fleksibiliti dan ketelusan kepada kedua pihak untuk meneliti kadar sewaan mengikut pasaran hadapan.