Artikel

Pasport Malaysia: Tempoh Sah Laku Kini Dilanjutkan Sehingga 10 Tahun

Berkuat kuasa hari ini, 3 Jun 2026 – makluman Pasport Malaysia dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun telah mula diperkenalkan. Makluman ini diterbitkan menerusi Perundangan Persekutuan di bawah Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026.

Perintah Yang di-Pertuan Agong ini untuk makluman adalah  menggunakan kuasa eksekutif yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3 Akta Fi 1951.

Sebagai penjelasan mudah, bagi permohonan biasa kadar bayaran (fi) yang ditetapkan untuk pasport 10 tahun ini ialah RM350.00. Namun, golongan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas diberikan diskaun 50% harga iaitu RM175.00. Lebih menarik, permohonan adalah percuma (gratis) bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar di bawah Akta OKU 2008, serta kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia.

Biarpun ketetapan kadar baharu ini sudah pun sah dan mula dikuatkuasakan serta-merta pada tarikh warta, dokumen ini menyatakan ia kekal akan dibentangkan di Dewan Rakyat mengikut keperluan Seksyen 4 Akta Fi 1951. Prosedur pembentangan ini untuk pengetahuan umum bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang di Parlimen. Langkah ini memastikan setiap pelaksanaan perundangan subsidiari yang dibuat oleh badan eksekutif kekal telus dan terbuka untuk semakan para ahli Parlimen.