Menyedari masih ramai penduduk Malaysia tidak memahami kepentingan disebalik memiliki skim perlindungan – Allianz Malaysia kini menampilkan ciri Kalkulator Life Planner pada platform digital mereka, MyAllianz.
Pengenalan Life Planner ini tidak sekadar memberi pendedahan akan keperluan menyediakan perlindungan tetapi membantu penduduk Malaysia untuk memahami jumlah dana yang wajar tersedia menjelang hari tua kelak. Buat pengetahuan umum, terdapat dua akses utama yang ditampilkan adalah Kalkulator Persaraan dan Kalkulator Nilai Hayat.
Menerusi kalkulator persaraan, pengguna boleh ketahui jajaran matlamat dana persaraan mereka dengan pelan simpanan semasa. Manakala kalkulator nilai hayat pula membantu pengguna, mengesan tahap kesejahteraan wang semasa bersama komitmen sekiranya berlakunya sebarang isu kecemasan yang menjejaskan rancangan tersebut, berapa nilai hayat sewajarnya yang perlu diambilkira pengguna.