Pentadbiran Donald Trump, Amerika Syarikat (AS) dilihat terus tampil dengan tindakan agresif pada arena perdagangan global – apabila terbaharu bercadang mengenakan tarif tambahan ke Malaysia dan 59 buah negara lain, susulan isu buruh paksa. Duti tambahan ini dijangka sekitar 10% sehingga 12.5%.
Keperluan ini jelas Pejabat Wakil Perdagangan AS (USTR) untuk menangani amalan perdagangan yang tidak adil, selari di bawah Seksyen 301 perdagangan antarabangsa. Tambahan ini dilihat sebagai langkah strategik Trump untuk membentuk semula agenda pengenaan tarif selepas berdepan kekangan dari pihak perundangan.
Untuk Malaysia, tarif tambahan yang ingin dikenakan adalah sebanyak 10%. Jumlah ini termasuklah ke atas Kanada, Ecuador, Kesatuan Eropah, Indonesia, Mexico, Pakistan, Argentina, Bangladesh, Kemboja, El Salvador, Guatemala, Indonesia, Taiwan dan United Kingdom.
Sementara 45 baki negara lain pula dimaklumkan berpotensi dikenakan duti tambahan sebanyak 12.5%. Namun sasaran ini bagaimanapun masih di peringkat awal dan akan meneliti maklum balas awam sehingga 6 Julai ini sebelum sesi pendengaran usul dilaksanakan.