Berbekalkan prestasi kewangan kumpulan yang semakin mengukuh dengan lonjakan 26.1% kepada perolehan RM297.1 juta – Empire Sushi, rangkaian sushi di Malaysia kini menyasarkan perluasan dengan memiliki 158 cawangan menjelang 2027.
Jumlah ini bermakna, sebanyak 15 cawangan tambahan akan direalisasikan sepanjang tempoh tersebut.
Menurut notis syarikat induk Empire Premium Food, setakat ini kumpulan telah memiiki 127 cawangan berkonsepkan grab-and-go diikuti 16 cawangan kedai makan di seluruh Malaysia. Outlet grab-and-go kekal sebagai penyumbang perolehan terbesar Kumpulan dengan merangkumi 87.3% daripada jumlah keseluruhan perolehan, manakala outlet quick dine-in menyumbang baki 12.7%.
Melangkah ke hadapan, Kumpulan berhasrat untuk terus memperkukuh kedudukannya di pasaran melalui peluasan outlet secara strategik, inovasi menu, dan penambahbaikan operasi, sambil memanfaatkan dana yang diperoleh daripada tawaran awam permulaan (IPO) baru-baru ini bagi menyokong inisiatif pertumbuhan jangka panjang.