Artikel

Pharmaniaga Raih Kontrak Bernilai RM281.7 Juta – Bekal Insulin KKM

Dengan prestasi yang semakin positif, terbaharu Pharmaniaga kini memaklumkan pihaknya meraih kontrak pembekalan insulin bernilai RM281.7 juta selama 3 tahun kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Perolehan kontrak ini tidak sekadar mencerminkan keupayaan kumpulan pada prestasi semasa tetapi turut mengukuhkan kembali kedudukan Pharmaniaga selaku pemain utama dalam ekosistem farmaseutikal.

Buat pengetahuan umum, kontrak berkenaan mewakili 70% daripada jumlah volum tender yang secara langsung meletakkan Pharmaniaga selaku pihak yang mengawal pembekalan insulin pada skala besar untuk keperluan sektor kesihatan awam negara.