Artikel

Telekom Malaysia Untung RM321.51 Juta – Susut Hampir 20%

Prestasi 3 bulan pertama 2026 menunjukkan Telekom Malaysia (TM) telah merekodkan untung bersih sebanyak RM321.51 juta bagi suku pertama tahun 2026, memperlihatkan penurunan sebanyak 19.87% berbanding RM401.25 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu. Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, penyusutan untung bersih ini disebabkan oleh tindakan pelarasan pelupusan nilai sekali hadap berjumlah RM127.3 juta.

Pelarasan tersebut melibatkan kapasiti prabayar 5G yang tidak digunakan di bawah perjanjian akses 5G sedia ada bersama Digital Nasional Berhad (DNB) yang telah diumumkan pada Februari lalu.

Biarpun berdepan penurunan pada angka untung bersih keseluruhan, prestasi operasi teras TM sebenarnya kekal utuh dan memaparkan trend pertumbuhan yang positif. Hasil kumpulan melonjak sebanyak 2.9% kepada RM2.93 bilion bagi suku pertama tahun ini. Pertumbuhan yang berdaya tahan ini sebahagian besarnya dipacu oleh permintaan yang kian melonjak terhadap infrastruktur data serta segmen sambungan global.