Artikel

CIMB Untung RM1.91 Bilion – Menurun 2.9% Bagi 3 Bulan Pertama 2026

Prestasi 3 bulan pertama tahun ini menunjukkan CIMB Bank berjaya mengekalkan prestasi positif apabila keuntungan bersih merekodkan RM1.91 bilion biarpun catatan ini memaparkan penurunan 2.9%. 

Kedudukan ini jelas laporan kewangan kumpulan, kekal memaparkan momentum stabil walaupun terdapat cabaran akan persekitaran pertukaran asing (FX) dan geopolitik semasa, pendapatan bukan faedah kumpulan kekal melonjak 11.9% kepada RM1.7 bilion.

Selain perkembangan itu, jumlah baki akaun semasa dan akaun simpanan (CASA) CIMB telah memaparkan peningkatan kepada 43.3% berbanding akhir tahun lalu sekitar 42.7%. Sementara pelaburan pada segmen teknologi, data dan kecerdasan buatan (AI) pula dilihat terus konsisten dengan peruntukan sehingga 9%.

Dengan komitmen itu, CIMB optimis mengekalkan sasaran kumpulan untuk terus melabur pada keupayaan digital dan serantau bagi mengukuhkan rangkaian kumpulan, meningkatkan perhubungan pengguna serta memanfaatkan pertumbuhan di pasaran ASEAN.