Selain daripada Puspakom, bermula 16 Jun ini Carro akan memulakan operasi secara serentak 8 cawangan melibatkan peranan selaku pengendali Pusat Pemeriksanaan Kenderaan Motor (PPKM) bagi Pemeriksaan Tukar Hak Milik Persendirian (MV15) di pasaran Malaysia.
Inisiatif ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac 2023 yang bersetuju untuk membuka perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) kepada syarikatsyarikat lain yang berkelayakan.
Sebanyak lapan (8) pusat pemeriksaan Carro akan mula beroperasi serentak pada 16
Jun 2026 di lokasi berikut Glenmarie – Selangor, Wangsa Melawati – Kuala Lumpur, Kajang – Selangor, Klang – Selangor, Bayan Lepas – Pulau Pinang, Melaka, Muar – Johor dan Johor Bahru – Johor.
Tidak hanya Carro, terdapat beberapa syarikat lain turut dalam proses membangunkan cawangan PPKM M.V.15 adalah Syarikat Carsome Academy Sdn Bhd (Sg.Buloh, Selangor), Car Medic Sdn. Bhd. (Kajang dan Serdang, Selangor) dan Beriman Gold Sdn. Bhd. (Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Sarawak). Pembukaan pusat pemeriksaan baharu ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperluas akses rakyat kepada perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang lebih cekap dan berkualiti, sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan serta membantu mengurangkan kesesakan sedia ada