Biarpun berdepan tekanan akan ketidaktentuan kos tenaga, perkapalan dan bahan mentah – Dutch Lady Milk Industries kini memperlihatkan prestasi yang seimbang, apabila rekod keuntungan bersih kumpulan melonjak 19.7% kepada RM29.96 juta pada suku pertama 2026.
Peningkatan ini antaranya di pacu akan displin pengurusan hasil pendapatan operasi, disusuli pengeluaran yang kukuh, kos komoditi lebih rendah serta aliran kadar pertukaran wang yang positif pada pasaran semasa. Namun prestasi kukuh itu perlu mengimbangi penilaian semula inventori, pelaburan pengiklanan serta tindakan promosi kumpulan bagi menyokong pertumbuhan jualan.

Setakat ini kumpulan masih tidak berdepan kekurangan bahan mentah yang ketara namun akui peningkatan kos berupaya berlaku secara berterusan pada separuh kedua 2026 kelak. Langkah waspada ini turut meliputi jangkaan kenaikan harga bahan mentah tenusu yang dilihat akan memberi tekanan kepada kos pengeluaran dan margin keuntungan kumpulan kelak.