GXBank menerusi kerjasama dengan CGC Digital kini memaklumkan menambahbaik rangkaian Perbankan Bisnes GX dengan meluaskan akses pembiayaan perniagaan yang lebih tinggi sehingga RM150,000 buat kumpulan perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di pasaran Malaysia.
Inisiatif ini bukan sahaja membolehkan usahawan pemilikan tunggal membina rekod kewangan perniagaan yang sah, malah bertindak sebagai instrumen penting dalam merapatkan jurang kredit PMKS di Malaysia yang kini dianggarkan bernilai RM90 billion.

Berdasarkan rekod semasa, GXBank selaku pemegang lesen Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertindak selaku bank konvensional dan tidak patuh syariah – telah merekodkan miliki lebih 1,000 pengguna GX FlexiLoan serta kadar penggunaan sekitar 70% bagi keseluruhan portfolio perbankan perniagaan mereka.
Maka dengan perluasan akses pembiayaan bersama pemain ekonomi – usaha ini dapat merapatkan jurang kekangan perolehan dana modal perniagaan di pasaran domestik. Setakat diperkenalkan sejak bulan lalu, lebih RM3.3 juta pinjaman telah diluluskan yang sekali gus membantu lebih ramai peniaga meluaskan skala perniagaan mereka.