Affin Bank kini memperlihatkan prestasi kukuh apabila untung bersih kumpulan memaparkan lonjakan 1.5% kepada RM135.5 juta bagi suku pertama 2026 berbanding rekod sebelumnya sekitar RM124.09 juta.
Berdasarkan notis kepada Bursa Malaysia, peningkatan ini antaranya dipacu melalui keuntungan sebelum cukai (PBT) kumpulan yang meningkat sebanyak RM2.7 juta kepada RM180.9 juta berbanding RM178.2 juta pada suku pertama tahun lalu. Peningkatan ini dipacu terutamanya oleh hasil pendapatan bersih kumpulan yang melonjak 20.3% kepada RM654.4 juta, yang didorong oleh pendapatan faedah bersih (NII) yang lebih tinggi serta pendapatan yuran dan komisen.
Pertumbuhan pendapatan ini bagaimanapun berdepan kekangan peningkatan perbelanjaan operasi sebanyak RM31.6 juta, kerugian rosot nilai pinjaman yang lebih tinggi sebanyak RM60.2 juta, serta bahagian keuntungan yang lebih rendah daripada syarikat sekutu direkodkan sekitar RM16 juta.
Sasaran mendatang, Affin Bank kini sedang giat menstruktur semula perniagaan perbankan korporatnya kepada model perbankan borong dengan menggabungkan keupayaan korporat, perbendaharaan, dan perbankan pelaburan bagi merebut peluang dalam ketidaktentuan pasaran global ketika ini. Terbaharu, kumpulan telah mencapai penyelesaian perolehan Pheim Asset Management pada nilai RM5o juta. Integrasi dilihat berupaya mengukuhkan segmen pengurusan kekayaan kumpulan dan meluaskan potensi bank selaku kumpulan perbankan universal yang lebih berdaya saing. Perolehan itu kelak turut dijelaskan akan dijenamakan semula sebagai AFFIN Pheim Asset Management pada pasaran hadapan.