Jika sebelum ini institusi politeknik di Malaysia sekadar menyediakan penawaran sijil, diploma dan hanya berstatus premier sahaja menawarkan pengajian peringkat tinggi. Tidak lama lagi, penawaran itu dilihat berupaya diperluaskan kepada pengajian peringkat ijazah dan sarjana ke atas seluruh institusi. Perihal ini di bawah matlamat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan sedang merangka penstrukturan semula operasi di 36 Politeknik seluruh Malaysia.
Adanya perluasan tawaran pengajian di peringkat tinggi ini, ia dilihat tidak sekadar membantu Malaysia mengurangkan ketidakpadanan kemahiran bakat tempatan tetapi turut meluaskan keperluan industri pada pasaran semasa terutama bidang teknologi.
Setakat ini mengikut laporan KPT sedang meneliti semula akta berkaitan dan dijangka mengemukakan cadangan penstrukturan semula melibatkan kesemua 36 institusi politeknik tersebut. Dijangka tindakan usul ini akan dilaksanakan sekitar akhir 2026 ataupun awal tahun 2027.