Artikel

Rumah Berharga Bawah RM300,000 Paling Banyak Tidak Terjual Di Malaysia

Pasaran hartanah Malaysia memperlihatkan bilangan kediaman siap dibina yang tidak terjual kini meningkat kepada 32,801 unit dengan nilai RM16.37 bilion. Lebih membimbangkan rekod suku pertama 2026 ini menunjukkan kategori unit bawah RM300,000 menjadi rumah yang paling tinggi tidak terjual – melibatkan 14,201 unit (43.3%) dengan nilai RM2.77 bilion.

Diikuti rumah berharga RM300,001 hingga RM500,000 pula sebanyak 8,283 unit tidak terjual dengan nilai RM3.32 bilion dan rumah berharga RM500,001 hingga RM1 juta sebanyak 7,623 unit bernilai RM5.37 bilion.

Sementara mengikut jenis hartanah pula – rumah bertanah menjadi jumlah yang tidak terjual tertinggi sebanyak 18,180 unit (55.4%). Dan mengikut tempoh masa pula sebahagian besar unit yang tidak terjual ini merupakan unit rumah yang telah dilancarkan antara 6 hingga 10 tahun – iaitu sebanyak 13,429 unit (40.9%).

Kedudukan data Pasaran Harta Tanah Suku Pertama 2026 ini secara amnya jelas menunjukkan lebih ramai penduduk negara mengamalkan sikap berhati-hati dalam mengutamakan penggunaan wang mereka. Khsusunya persekitaran ekonomi semasa yang berdepan tekanan konflik global.