Artikel

Semakan Semula Gaji Minimum Malaysia Kini Diteliti – Majikan, Pekerja Diseru Kongsi Pandangan

Setakat ini, Malaysia menetapkan paras gaji minimum di pasaran semasa berjumlah RM1,700. Biarpun pelarasan ini telah dikuatkuasakan sepenuh pada tahun 2025 termasuklah ke atas majikan yang miliki kurang 5 pekerja – didapati masih ramai kumpulan pekerja terus tertindas dengan perolehan gaji di bawah ambang tersebut.

Tahukah anda, setakat akhir tahun lalu sekitar 8.4% pekerja formal di Malaysia masih terima gaji bawah RM1,700 sebulan? Tatkala kumpulan pekerja formal 10% teratas meraih sekurangnya RM11,122 sebulan.

Menyedari jurang terus melebar dan selari dengan keperluan menyemak dasar gaji minimum Malaysia sekurang-kurangnya setiap 2 tahun di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) kini sedang meneliti, di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Langkah ini bertujuan memastikan penetapan paras gaji tidak lapuk dan kekal relevan dengan perubahan kos semasa.

Penilaian ini merangkumi tahap kos sara hidup semasa, keperluan produktiviti pekerja negara serta kedudukan ekonomi.

Maka untuk memahami keperluan ini, Kesuma kini menyeru semua majikan dan pekerja untuk turut serta berkongsi pandangan berhubung pelarasan tersebut di bawah survei yang dibuka sehingga 19 Jun 2026 ini. Sekiranyan anda ingin berkongsikan pandangan berhubung pelarasan gaji minimum, boleh rujuk pada pautan di bawah mengikut kategori: