Artikel

Malaysia Duduki Tempat Ke-6 Pada Senarai Pasport Dunia 2026

Malaysia terus menambahbaik prestasi negara pada senarai pasport global Henley Passport Index 2026, dengan meraih tempat ke-6 pada suku pertama 2026, berbanding kedudukan ke-12 pada tahun lalu.

Perkembangan ini jelas menunjukkan pengukuhan pasport negara bertambah sejak tahun 2017. Berdasarkan penilaian laporan, pasport Malaysia menawarkan akses tanpa visa ke 183 buah negara dengan keperluan visa 43 buah negara di seluruh dunia.

Pada taburan Asia Tenggara pula Malaysia terus duduki tempat ke-2 selepas Singapura (1) yang kekal tampil selaku negara yang miliki pasport paling berkuasa, tidak hanya di rantau Asia Tenggara bahkan dunia.

Secara menyeluruh selain Malaysia dan Singapura, data menunjukkan Brunei (17), Thailand (60), Indonesia (65), Filipina (70) dan Vietnam (86).