Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini secara rasminya mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2025 adalah sebanyak 4.1% – menjadikan ia rekod tertinggi dalam tempoh 11 tahun.
Prestasi ini jelas PTPTN didorong akan kecekapan pengurusan dana simpanan yang dilihat meningkat secara berkala hasil pentadbiran yang lebih strategik bagi mmemastikan pulangan yang optimum kepada kumpulan pendeposit.
Berdasarkan agihan itu, seramai 6.07 juta pendeposit akaun SSPN akan meraih manfaat tersebut. Dengan agihan keuntungan ini melibatkan peruntukan sekitar RM505.68 juta berbanding RM439.87 juta pada tahun sebelumnya. Menariknya pencapaian kali ini menunjukkan lebih 500,000 pembukaan akuan baharu telah direkodkan pada 2025 dan ini menjadikan jumlah deposit terkumpul setakat akhir 2026 sekitar RM23.88 bilion.