Maybank kini memaklumkan sebilangan khidmatnya akan tergendala berikutan aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan pada 9 Mei dan 16 Mei bermula jam 3.00 pagi sehingga 8.00 pagi.
Pada tempoh tersebut akan menyaksikan beberapa perkhidmatan digital dan fizikal Maybank berdepan gangguan dan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Antara akses yang terjejas adalah:
- Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi)
- Maybank2U (laman web)
- Perkhidmatan ATM
Rentetan isu penyelenggaraan ini, pengguna dimaklumkan masih boleh menggunakan khidmat MAE – melibatkan transaksi seperti pindahan dana segera bersama bank dan dompet digital, penbayaran bil dan tindakan imbas-bayar.
Maka semua pengguna diharapkan peka akan pemberitahuan ini, dan melunaskan segala transaksi sebelum pelaksanaan penyelenggaraan tersebut dijalankan. Sekiranya ingin bantuan lanjut semua pengguna boleh menghubungi pihak Maybank di talian 1-300-88-6688 atau e-mel ke [email protected].