Cadangan meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dijangka dapat dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang. Langkah ini untuk makluman akan meluaskan skop perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada perantau iaitu rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.
Dengan komitmen di bawah Skim Pengembara ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) optimis untuk meluluskan dan menguatkuasakan akta ini pada tahun ini untuk memastikan setiap kumpulan pekerja meraih perlindungan secara terus.
Berdasarkan rekod, sekitar 480,000 rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura untuk bekerja dan didapati 54 kemalangan maut direkodkan pada 2025 melibatkan kumpulan tersebut. Rekod ini sekali gus menuntut perluasan skop perlindungan di bawah PERKESO untuk membantu rakyat negara yang merantau di samping meringankan bebanan tanggungan pekerja.