Tahun 2025 secara menyeluruh memperlihatkan peningkatan inflasi yang lebih kecil kepada 1.4%. Melibatkan peningkatan mata indeks harga pengguna kepada 134.6 daripada 132.8 mata pada tahun sebelumnya.
Aliran itu menurut data Jabatan Perangkaan (DOSM) didorong akan inflasi Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (1.6%), Kesihatan (1.2%), Rekreasi, Sukan dan Kebudayaan (1.1%), Pengangkutan (0.4%) dan Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (0.2%). Termasuklah segmen Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial, Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan memaparkan peningkatan inflasi lebih tinggi pada 4.4%.
Taburan inflasi mengikut negeri pula memperlihatkan kebanyakan negeri memaparkan peningkatan inflasi yang lebih perlahan dengan 4 negeri sahaja melepasi paras nasional iaitu Johor (2.0%), Selangor (1.7%), Negeri Sembilan (1.7%) dan Melaka (1.5%). Sementara Kelantan terus menjadi negeri yang memaparkan peningkatan inflasi paling rendah iaitu 0.3%.
Pada pengamatan inflasi Makanan dan Minuman pula, DOSM menjelaskan hampir kesemua negeri merekodkan kenaikan namun peningkatan tertinggi yang dicatatkan adalah Negeri Sembilan (3.2%), Selangor (2.8%), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.7%) diikuti Johor, Melaka, Terengganu dan Labuan merekodkan kenaikan 2.4%. Manakala negeri lain kekal meraih peningkatan inflasi makanan bawah paras nasional sekitar 2.1%.
