Artikel

Malaysia Rekod Lebih 31,500 Kes Muflis Sejak 2021 – Dengan 15% Melibatkan Belia

Sejak 2021 sehingga Mac 2026, didapati terdapat 31,517 kes muflis direkodkan di Malaysia dengan hampir sebahagiannya disebabkan pinjaman peribadi. Lebih membimbangkan, dalam tempoh tersebut 15% (4,704 kes) daripada kes keseluruhan adalah melibatkan individu yang berusia 34 tahun ke bawah.

Perkongsian Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah pada laporan Program Dasar Peluang Kedua 3.0 (DPK 3.0) Pelepasan Fast Track 2026 ini memperincikan sebanyak 14,582 kes (46%) adalah kumpulan individu yang terlibat dalam pinjaman peribadi. Data ini secara jelas menuntut lebih banyak inisiatif berhubung pengurusan wang yang lebih baik perlu dilaksanakan dengan aktif bersama masyarakat negara.

Sokongan sedemikian membolehkan mereka yang telah terjebak atau terkesan dalam isu bankrap ini dapat memulakan kembali kehidupan dari sudut kewangan.Buat pengetahuan umum ini merupakan antara usaha kerajaan untuk menambahbaik tahap literasi kewangan kalangan rakyat Malaysia. Dan berdasarkan lanjutan program, fasa kali ini tertumpu kepada 4 kumpulan bankrap iaitu berstatus sebagai ibu atau bapa tunggal, peminjam PMKS, mangsa penipuan kewangan atau pembeli rumah projek terbengkalai.