Artikel

Kadar Deposit Cagaran Acara Seni, Konsert Di KL Diturunkan – Mulai 1 Mei

Mengambil kira keputusan negara melanjutkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sehingga 2027 susulan menangani kerugian kesan konflik semasa – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menurunkan kadar deposit cagaran bagi penganjuran acara seni seperti pertunjukan pentas, kebudayaan dan konsert di Kuala Lumpur, berkuat kuasa 1 Mei ini. 

Penurunan kadar deposit ini untuk makluman terbahagai kepada dua kategori iaitu artis tempatan dan luar negara. Untuk artis tempatan bagi pertunjukan pentas, acara kebudayaan kadar cagaran diturunkan daripada RM10,000 kepada RM4,000. Sementara kadar deposit konsert pula kekal pada harga RM10,000. 

Manakala artis luar negara pula untuk tindakan pertunjukan pentas, kebudayaan – kadar cagaran kumpulan ini dikurangkan daripada RM30,000 kepada RM8,000. Dan untuk penganjuran konsert pula kadar cagarannya diturunkan daripada RM30,000 kepada RM15,000. 

Dengan pelarasan tersebut, ia sekali gus akan merancakkan lagi aktiviti seni di ibu kota negara tatkala terus menyumbang kepada pertumbuhan yang lebih baik dalam segmen ekonomi hiburan.