Untuk meringankan tekanan pemain ekonomi negara dalam mendepani cabaran krisis tenaga global – kerajaan kini mengumumkan tempoh peralihan tambahan selama 12 bulan bagi pelaksanaan e-Invois Fasa 4, iaitu dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027.
Dalam fasa tersebut, lanjutan penerapan e-Invois ini akan melibatkan kumpulan pembayar cukai yang memiliki nilai jualan tahunan perniagaan antara RM1 juta sehingga RM5 juta. Notis Kementerian Kewangan (MOF) itu menjelaskan langkah ini bagi memberi ruang lebih luas kepada kumpulan usahawan negara untuk mempersiapkan sistem perakauan dan menyesuaikan operasi perniagaan mereka dengan sistem rekod digital dengan lebih cekap.

Maka dengan kelonggaran tersebut, peniaga tidak perlu menghantar e-invois secara individu bagi setiap transaksi kecil kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada waktu jualan berlaku. Sebaliknya, mereka dibenarkan untuk mengumpulkan semua transaksi jualan tersebut dalam satu penyata ringkasan bulanan. Kemudahan ini secara drastik mengurangkan beban kerja pentadbiran dan kos operasi bagi perniagaan yang mempunyai kekerapan transaksi harian yang tinggi.
Dan sepanjang tempoh peralihan tambahan tersebut, dijelaskan tiada sebarang penalti dikenakan sekiranya pelaksanaan sedemikian dijalan di bawah e-Invois disatukan.