Sebagai langkah persediaan mendepani sebarang potensi gangguan bekalan, kerajaan Malaysia hari ini memaklumkan stok simpanan negara kini dipertingkatkan kepada 300,000 tan metrik.
Penambahan ini jelas Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertujuan untuk memastikan piawaian bekalan lebih mengukuh serta keperluan asas rakyat negara dilindungi di pasaran hadapan. Biarpun memiliki jaminan bekalan tersebut, rakyat Malaysia kekal diseru untuk melaksanakan penjimatan bagi memastikan rantaian bekalan ini tidak mengalami pembaziran.
Ini kerana ketidaktentuan konflik semasa berisiko menyebabkan negara berdepan kekangan bekalan sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik. Malah dengan penambahbaikan kuantiti stok penimbal beras ini juga ia tidak sekadar memenuhi keperluan awam bahkan turut membantu negara mengimbangi tekanan inflasi dan spekulasi pasaran semasa. Situasi ini penting bagi menstabilkan semula pelarasan harga tanpa menwujudkan sebarang pembelian panik kalangan pengguna negara di pasaran hadapan.