Artikel

Untung Genting Merosot 50% – Kepada RM1 Bilion, Kesan Lonjakan Kos Operasi

Prestasi 2025 memaparkan operasi Genting Berhad alami penyusutan 50% apabila keuntungan bersih kumpulan setakat akhir 2025 merekodkan RM1.0 bilion berbanding prestasi kewangan sebelumnya iaitu RM2.0 bilion.

Kedudukan ini didasari akan kenaikan perbelanjaan operasi, pengurusan dan pemasaran. Selain faktor pengukuhan ringgit turut mendorong kepada penurunan dalam pendapatan. Biarpun berdepan penyusutan sedemikian, prestasi ini mengikut makluman Bursa Malaysia masih mencapai jangkaan kumpulan dan dilihat kekal stabil. Dengan perolehan hasil mencatatkan nilai RM27.7 bilion.

Secara menyeluruh, kumpulan optimis segmen hiburan, pelancongan dan permainan akan terus memaparkan pemulihan biarpun berdepan tekanan konflik yang dilihat menjejaskan perjalanan, kos sebilangan kumpulan pengguna. Perihal ini turut akan didorong dengan kestabilan segmen perladangan Genting Plantation yang memperlihatkan prestasi yang positif pada pasaran hadapan.