Artikel

MOF Perjelas Had BUDI95 Kekal 200 Liter Sebulan – Tiada Kuota Tambahan Buat Awam

Kementerian Kewangan (MoF) kini menegaskan dakwaan bahawa permohonan umum untuk tambahan kuota had subsidi RON95 (BUDI95) yang dikongsikan ketika ini adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas. 

Fungsi penambahan kuota BUDI95 itu dijelaskan bukan bertujuan untuk membolehkan pengguna awam memohon tambahan kuota atas keperluan peribadi atau dibuka secara bebas sebaliknya ia terpakai pada kes tertentu sahaja dengan keperluan operasi dan perihal itu disahkan secara dokumentasi. Sebagai contoh mengikut keperluan pemandu seru-pandu, penghantaran, pemilik bot dan pihak yang tertakluk dengan kriteria yang ditetapkan.

Untuk penggunaan awam, had kelayakan BUDI95 telah dikuat kuasakan pada kuota 200 liter sebulan berbanding 300 liter sebulan sebelum ini. Pendekatan ini diambil untuk mengimbangi bekalan tenaga pasaran yang ketika ini berdepan krisis global dan menuntut kerajaan untuk laksana pengurusan kos subsidi yang lebih berhemah.

Malah tinjauan menyeluruh turut mendapati had 200 liter sebulan itu mencukupi untuk 90% pengguna BUDI95 di pasaran Malaysia. Dengan data sedemikian, situasi ini membantu Malaysia melandaikan tekanan kos subsidi. Pada pelarasan BUDI95 sekitar RM1.99 seliter, buat pengetahuan umum kerajaan ketika ini menanggung sekitar RM500 subsidi bagi setiap penerima.

Maka dengan penjelasan tersebut, diharap pihak berkaitan tidak menyalahtafsir akan fungsi permohonan tambahan kuota BUDI95 yang disediakan ketika ini.