Perbadanan Putrajaya (PPj) kini menjalin kerjasama strategik bersama platform e-dagang kenderaan, Carsome, bagi memperkasakan penguasaan bahasa global di kalangan generasi muda. Melalui sumbangan berjumlah RM40,000, inisiatif ini bertujuan menyahut matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang kompetitif dengan menyediakan akses kelas bahasa antarabangsa secara percuma kepada komuniti setempat.
Program ini yang akan dilaksanakan di Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) Putrajaya ini dijelaskan terbuka kepada kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Di mana terdapat empat subjek bahasa utama yang ditawarkan iaitu bahasa Inggeris, Mandarin, Arab, dan Korea. Pilihan bahasa ini dilihat bertepatan dengan keperluan komunikasi global masa kini bagi meningkatkan nilai tambah pelajar sejak usia awal.
Dan ke arah pelaksanaan itu, program tersebut dibahagikan kepada dua kohort sepanjang tahun 2026 dengan kohort pertama akan bermula pada 11 April sehingga 14 Jun, manakala kohort kedua dijadualkan pada 11 Julai sehingga 6 September 2026.