Artikel

CIMB: Pembelian Guna Kad Debit Akan Tergendala Seketika Pada 7, 9, 10, 16, 18 Dan 25 April Ini

Seiring dengan amalan penyelenggaraan sistem perkhidmatan perbankan secara berkala – CIMB Bank memaklumkan pembelian menggunakan kad debit CIMB akan tergendala seketika pada hari tertentu bermula minggu hadapan. 

Menurut notis CIMB Bank, ia bermakna para pengguna tidak boleh melaksanakan sebarang pembelian di premis fizikal dan atas talian menggunakan kad debit CIMB pada tempoh tersebut. Berdasarkan perincian, ini tarikh yang terlibat:

  • 7 April pada jam 00:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari
  • 9 April pada jam 00:00 pagi hingga 2:00 pagi
  • 10 April pada jam 00:00 pagi hingga 10:00 pagi
  • 16 April pada jam 00:00 pagi hingga 2:00 pagi
  • 18 April pada jam 00:00 pagi hingga 8:00 pagi
  • 25 April pada jam 00:00 pagi hingga 8:00 pagi

Maka untuk mengelakkan berlakunya sebarang gangguan, semua pemegang kad debit CIMB diminta peka akan tempoh penyelenggaraan yang terlibat dan merancang transaksi kad debit anda dengan tindakan pembayaran lebih awal.