Artikel

MAG Untung RM137 Juta – Prestasi Melonjak Pada 2025

Hasil pengurusan kos yang lebih berdisplin dan aturan kecekapan operasi yang lebih baik – Malaysia Aviation Group (MAG) kini memperlihatkan lonjakan prestasi tahun 2025 apabila keuntungan bersih kumpulan berjaya mencatatkan kenaikan 2 kali ganda kepada RM137 juta berbanding RM54 juta pada 2024.

Jelas MAG, perolehan kumpulan turut meningkat 6% secara tahunan kepada RM14.5 bilion, didorong hasil permintaan perjalanan yang positif dan tindakan pengurusan mengoptimumkan rangkaian serta prestasi aktiviti komersial.

Lebih menarik, MAG melihat peningkatan prestasi ini tidak hanya disumbangkan akan aliran permintaan penerbangan tetapi disusuli usaha meningkatkan keyakinan pengguna secara berperingkat. Perihal itu ditambahbaik pada segmen penjadualan penerbangan On-Time Performance (OTP) yang meningkat kepada 81% berbanding 73% sebelum ini.